Sajak Mengintai Ruang Insaf
Karya : Shukri Abdullah
Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu.
Sewaktu berlari di padang hidup
kerap kakiku tersadung selirat akar
tubuhku tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia makin kabur
dan menghilang.
Sekadar songsang aksara kata
tanpa kembali ke tunjang makna,
”Apakah dalam sarat khilaf
masih terbuka ruang untuk
dianugerahkan keinsafan?”
Rabb,
moga pintu taubat-Mu terbuka
sebelum api dari bara itu menyala.
MAKSUD RANGKAP PERTAMA
Penyajak berasakan semakin banyak kejahilan
(dosa) yang dilakukan, dia merasakan dirinya semakin jauh untuk mendapatkan hidayah Tuhan.
MAKSUD RANGKAP KEDUA
Sewaktu penyajak meneruskan perjalanan hidup,
kerap kali dia melakukan kesilapan.
Hingga mendapat kesan daripada kejahatan.
Akibatnya jalan menuju kebenaran dan kemuliaan semakin sukar diperoleh dan semakin menghilang.
MAKSUD RANGKAP KETIGA
Dengan melakukan sesuatu kesalahan,
tanpa kembali ke pangkal jalan.
Penyajak mempersoalkan jika banyak melakukan dosa, masih terdapatkah peluang untuk kembali ke pangkal jalan.
MAKSUD RANGKAP KEEMPAT
Penyajak berdoa kepada Tuhan agar menerima taubatnya sebelum dia meninggal dunia (sebelum dia dimasukkan ke dalam neraka)
Tema dan persoalan
- tentang ketinggian nilai remaja berdasarkan usia muda mereka ( masa muda yang sangat bernilai )
Persoalan
- perlunya remaja memiliki jati diri yang kuat / teguh
- keberanian remaja dalam menempuh liku-liku hidup
- perlunya remaja menimba ilmu dalam usia muda mereka
- remaja perlu mencari hala tuju yang betul dalam menempuhi kehidupan mereka yang penuh dengan cabaran
Nada
- bernada sinis.
- Ia dianggap sesuai dengan sajak ini kerana sajak ini merupakan seruan dan nasihat penyajak kepada para remaja agar menghargai masa remaja mereka
Nilai
- keberanian- menempuh dugaan hidup ( penuh dengan cabaran )
- kerajinan – rajin menuntut ilmu
- rasional – membezakan baik dan buruk sesuatu perkara
- kebijaksanaan – remaja perlu bijak mengatur masa depan ke arah yang lebih baik
- menghargai – remaja disaran menghargai usia remaja mereka
Gaya Bahasa
1. Pemilihan kata atau diksinya indah.
Contoh : tubuhku tercalar duri pidana.
2. Aliterasi :pengulangan konsonan n
Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna (rangkap 3 baris 2)
3. Pengulangan konsonan k
Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar (rangkap 2, baris 2)
4. Dialog
Contoh : “Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?”
5. Asonansi :pengulangan vokal i
Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup. (rangkap 2, baris 1)
6. Pengulangan vokal u
Contoh : masih terbuka ruang untuk (rangkap 3, baris 4)
7. Metafora
Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup (rangkap 2, baris 1)
8. Hiperbola
Contoh : Tubuhku tercalar duri pidana (rangkap 2, baris 3)
9. Penggunaan bahasa asing.
Contoh : Rabb (bahasa arab)
10. Sinkope
Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar.
Pengajaran
- kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup
- kita hendaklah rajin menuntut ilmu
- kita hendaklah yakin pada diri sendiri dan mempunyai pendirian yang tetap
- kita hendaklah menghargai zaman muda dengan melaksanaka / memenuhkannya dengan usaha dan kemampuan yang kita ada kearah kejayaan
Minggu keempat berkursus di IPG Perempuan Melayu Melaka
Mengintai Ruang Insaf
Ku Sujud pada Mu
Komsas Cerpen Ibu Dan ceper
SINOPSIS:-
Ceper ialah sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan pedalaman. Penulis (Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir.
Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan melalui liku-liku dan keadaan sungai yang semakin tercemar. Kian hari Sungai Ceper semakin lemah dan tohor akibat pelbagai sampah yang dibuang ke dalam sungai.
Pada suatu hari ibu telah terpijak tunggul lama menyebabkan dia tidak selincah seperti dulu. Ibu yang menjadi lumpuh, semakin uzur dan akhirnya meninggal dunia.
Penulis akhirnya membandingkan Sungai Ceper walaupun masih ada namun sudah tidak berfungsi seperti dulu, iaiti sebagai sumber air kepada penduduk sedangkan ibu sudah meninggal lama sebelum bapa meninggal dunia.
TEMA:-
Kepentingan air dalam kehidupan.
PERSOALAN:-
· Kesukaran hidup apabila sungai tercemar.
· Setiap yang hidup akan mati.
· Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya.
· Menghargai anugerah Allah.
WATAK & PERWATAKAN:-
a. Ibu
· Seorang yang rajin.
· Pandai membuat tikar.
· Bergaul dengan masyarakat.
· Mengamuk apabila Sungai Ceper tercemar dan berlaku banjir yang akhirnya merosakkan tanamannya.
b. Bapa
· Suka mendenak burung ketitir.
· Meninggal dunia kerana terjatuh.
c. Aku
· Menggantikan ibu ke sawah setelah ibu lumpuh.
· Bertanggungjawab menjaga ibu.
Ibu dan ceper
